Dapatkan imbasan MRI / TTE PERCUMA (bernilai RM1470) sementara membantu kajian kami!

 

English

 
 

 

Kriteria kelayakan

1.Berumur antara 35 to 65 tahun.

2.Tidak menghidap penyakit jantung berdasarkan pemeriksaan fizikal dan ECG.

3.Tidak menghidap penyakit kencing manis.

4.Tiada masalah tekanan darah tinggi.

5.Tiada masalah claustrophobia (fobia terhadap ruang tertutup).

6.Tiada sebarang implant berunsur logam dalam badan.

 

Lokasi

Pusat Perubatan Universiti Malaya (Kuala Lumpur)

  

Jadual

Dianggarkan 1 subjek setiap Isnin petang (2-4pm), bermula dari Jul 2013 ke Dis 2013.

  

Protokol imbasan

Prosedur yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kepada standard prosedur klinikal untuk  jantung. Protokol ini melibatkan pemerolehan dua jenis imej klinikal iaitu melalui “Transthoracic Echocardiography (TTE)” dan “Magnetic Resonance Imaging (MRI)”  yang berguna dalam mendiagnosis penyakit jantung.

 

Dalam prosedur pengimejan TTE, ECG akan dilekatkan di tangan kanan dan kaki anda untuk mengukur degupan jantung. Untuk melakukan satu imbasan bukan invasif pada jantung, satu “probe” imbasan akan digunakan ke atas dada anda bersama lapisan gel. Imbasan ini akan dilaksanakn oleh juruteknologi makmal perubatan yang berpengalaman.

 

Dalam prosedur pengimejan MRI, degupan jantung anda akan diperolehi dengan melekatkan ECG pada dada. Rerambut/bulu dada boleh mengganggu isyarat jantung. Oleh sebab itu, pencukur elektrik bebas kuman akan digunakan untuk mengurangkan rerambut/bulu dada (jika ada) pada dada anda sebelum imbasan. Fon kepala akan digunakan untuk melindungi telinga anda daripada apa-apa bunyi yang berpotensi dipancarkan oleh sistem MRI. Anda juga perlu menahan nafas mengikut kemampuan semasa proses pemerolehan imej. Pemerolehan data untuk kedua-dua TTE dan MRI akan mengambil masa kira-kira 1 jam (iaitu 45 minit untuk MRI dan 15 minit untuk TTE).

    

Prosedur

Imbasan TTE

Lokasi: Bilik TTE, Aras 7, Menara Selatan

Imbasan MRI

Lokasi: Pusat Pemeriksaan MRI, Aras G, Menara Utama

 

Subjek menghala ke Bilik TTE di Aras 7, Menara Selatan untuk menjalankan imbasan TTE. Selepas menjalani imbasan TTE, subjek menghala ke Aras G, Menara Utama untuk menjalankan imbasan MRI. Untuk peta terperinci sila Klik Sini.

  

Kesan sampingan yang mungkin

Kedua-dua TTE dan MRI adalah teknik imbasan yang selamat yang tidak menggunakan sinaran radioaktif untuk memperoleh imej daripada anda. Tidak ada bahaya atau kesan sampingan dengan mengambil bahagian dalam kajian ini. Sebarang pengimejan akan dijalankan oleh ahli teknologi makmal dan jururadiograf yang berpengalaman, dengan kehadiran pegawai perubatan.

 

Disclaimer

1. Peserta yang tidak memenuhi criteria kelayakan akan ditolak.

2. Peserta perlu menyediakan pengangkutan sendiri ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Satu peta terperinci akan disediakan.

3. Sebarang pembatalan tempahan perlu dibuat tidak kurang daripada 7 hari sebelum tarikh pengimejan yang ditentukan melalui email atau telefon. Kegagalan anda untuk berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda untuk menyertai sebarang kajian pada masa akan datang ditolak.

4. Hasil pengimejan anda akan de-identified dan hanya akan dilihat oleh penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.

5. Anda akan dibekalkan dengan satu salinan Borang Maklumat Pesakit dan Borang Keizinan untuk rekod peribadi anda. Untuk terlibat dalam kajian, anda perlu membaca dan memahami borang maklumat ini dan menandatangani borang keizinan.

 

Hubungi

Untuk menyertai kajian ini, sila hubungi kami di booking@asiancardiac.com dengan butir-butir berikut:

1. Nama

2. Nombor I/C

3. Nombor telefon bimbit

4. Alamat semasa

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan kajian ini, atau pembatalan tempahan, sila hubungi Cik Abbie di 6016-752-3764 (Isnin hingga Jumaat, 10am to 7.30pm) atau email kami di booking@asiancardiac.com.

  

[Back to top]

Photos

TTE Scan

MRI Scan